aku suka warna hitam..wrna itam msuk ngn suma wrna..itam nmpk kemas dan bergaya..hehehe rmbut kita kalo wrna slaen itam compom xlawa..kn2..sgt perfect ciptaan Allah s.w.t..
Wednesday, 10 August 2011
larikan dan biarkan pergi
Entah apa yang dirasakan kini,
adakah kenangan menguasai segenap fikiran,
atau coretan kisah baru yang menganggu laluan perjalanan.
Sungguh, bagaikan binggung memikirkan apa yang dirasai kini.
Kadang-kadang terganggu fikiran ini, adakah benar apa yang aku lakukan?
adakah aku sudah tersilap langkah?
semuanya bermain di awangan pucuk minda,
bagaikan mahu sahaja aku rebah dalam lautan dalam agar tiada siapa yang tahu.
Biarkan di dalam sana aku sejuk dan beku agar hati dan perasaan juga turut beku dan membisu.
apabila ia membisu dan beku, tidak akan ada apa-apa rasa lagi yang akan aku rasa,
mungkin dengan cara itu, aku tidak akan rasa kesakitan hati lagi.
bagaikan rasa bosan yang menguasai hati dan jiwa,
mahu saja aku berlari ke gunung puncak angkasa
agar tiada ku lihat dan rasa akan gundah gulana rasa
yang mampu menghilangkan sifat kewarasan akal yang sekian lama masih bertahan.
aku mahu bangun, aku mahu berlari jauh dari realiti ini,
mahu sahaja aku terbang jauh mencari gunung awangan,
mahu sahaja aku menyelam jauh ke dasar yang tidak dikenal pasti
agar dapat aku lupakan dan hilangkan semua apa yang aku rasakan kini.
andai engkau merasakan itu balasan yang sakit untuk kau terima
telankan saja rasa itu agar nanti tidak kau rasa kesakitan yang lebih dasyat.
sakit dan pedih yang aku dan engkau rasai kini, sememangnya berbeza hulu dan hilir rasanya,
melangkahlah engkau meninggalkan tapak,
tapak yang sememangnya sangat menguji getar hati dan perasaan mu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment